Tuesday, 13 May 2014

Resepi Kek Keju Leleh

Di saat ini, air liur kau pun meleleh seleleh cheese dalam gambar.



Kau ni sebenarnya bukan peminat tegar CHEESE pun. Tapi since lately ni, kau asyik dengar munculnya satu jenis kek bernama CHEESE CAKE LELEH. Ape kejadahnya? Dengar nama kek pun dah leleh-leleh air liur kau. Teringin! Nasib baik tak mengandung. Kalau tak melelehlah air liur anak kau tu selama-lamanya sebab tak dapat makan CHEESE KEK LELEH. Haha. Nak beli satu tupperware kecik tu pun dah LIMA BELAS HENGGET. Tapi apakan daya, kau tu dah la pemalas. Nak masak nasik pun kau berkira-kira inikan pulak nak buat kek.

So, tak lain tak bukan, kau suruh la suami kau belikan. Tapi, sekali dah rasa, perghhh memang terigau-igau sampai nak terberak pun sayang kan. Haha. Dah macam tu jadinya, tiap minggu lah kau pesan kat cik abang kau suruh belikan Kek Keju Leleh tu sampaikan suami kau pun dah berkenan kat penjual kek tu. Dah la pandai masak, rajin menjual pulak! Haha. Untuk mengelakkan penceraian, aku kongsikan resepi Kek Keju Leleh ni khas untuk isteri-isteri di rumah. Boleh lahh sekali sekala jamu suami korang tu dessert yang rare sikit kan. Tak pun buat jual kat jiran-jiran kau yang tak reti masak tuuu. Boleh lahh show off sikit kannn! Kelas kau gitu pandai masak Kek Keju Leleh!


BAHAN-BAHAN (UNTUK KEK)

*
100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair


CARA MEMBUAT:

1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.


BAHAN-BAHAN (UNTUK CREAM)

250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

CARA PENYEDIAAN:

1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek. Siap! 

Credit to: Resepi Biskut, Kuih & Kek. Mohon LIKE ya. Ni bukan page aku punggg!






Note: Dah siap tu jangan lupa upload gambar KEK KEJU LELEH kau tu masuk IG, FB, Twitter, Tumbler and semua account sosial kau. Bagi masyarakat meleleh air liur dambakan air tangan kau. Kalau tak jadi, kau edit lah sampai jadi ye. Haha. 

Monday, 12 May 2014

Mariaa is here!

Assalamu'alaikum.

Last entri yang aku post pasal pemergian bakal tunang kakak aku. Yaa, it was almost 2 years ago. Kepemergian dia untuk selama-lamanya seperti meragut semua semangat aku. Aku sendiri pun tak dapat terima kepemergian dia. Inikan pulak kakak aku. Allahu. Kuatkan hati kakak aku!

However, sekarang ni aku sudah berada di alam kolej. Haha. Pejam celik pejam celik je kan! Kakak aku pulak, dah bertunang dengan kawan satu kilang dengan dia and will get married tahun depan. Alhamdulillah. Patah tumbuh, hilang berganti. Walaupun tak sama, tapi apa yang Allah dah tetap untuk kita segalanya ada hikmahnya bukan?

So, sejak aku masuk kolej ni. Aku rasa macam tak tahu nak mengadu kat sape tentang apa yang aku alami. The peeps are weirdoss belaka. For seriously, aku tak boleh faham kenapa almost 70% of the students (definitely Malay students lahh) semuanya batak hot andddd kinda gediks belaka. But, aku dah adapt to this situation. Ye lahh... aku bukan lepak dengan diorang yang batak tu pun walaupun diorang classmate aku. Aku 24 hours with my roomate merangkap housemate merangkap coursemate and classmate aku tu jee. Minah tu sorang la yang aku duk berkepit and no one else because when aku kawan dengan someone, I'll be loyal to her.

Ni baru diploma. Belum Degree lagi woiii. Banyak yang nak hupdate lepas ni! Well, that's all for today. Do wait for my next entry. Hugs and kisses! Byee!

cOme AgaiN dEar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...