Wednesday, 6 August 2014

Takut Anjing?

Assalamualaikum..

Almost dah nak siap aku tulis entry ni, suddenly kene tutup browser and when bukak, only 1/3 je yang dia saved. Cadburry sungguh hokey! Actually nak cerita....

Kelmarin aku teman best friend aku ke Taman Seri Botani, Ipoh -- as dia dah nak balik ke tempat study dia. Pepagi lagi dah gerak ke sana, beli sarapan and had a breakfast together mengalahkan pasangan couple giteww.

Tengah seronok berselfie ketawa bagai, suddenly I saw a dog which was about 2 meter maybe from us. Aku tak reti la guna meter meter jadah ni. Agak agak aku anjing tu macam DUA DEPA dari aku. Pfft. Masa tu aku boleh la rilek lagi sebab member aku tak sedar kehadiran anjing tu lagi. Bila dia da sedar, dia bisik " weiii ade anjing kat belakang kitaaa.... " Aku cool lagi. Aku suruh dia rilek and told her yang anjing tu will go away.

Member aku kejap kejap dok usyar la anjing tu. Aku agak gelabah sikit la. Aku tanya dia, " Anjing tu datang sini ke? " Pfffttt... ape yang aku terbayang masa tu, anjing tu datang kokak belakang aku. Tak pasal pasal jadi Zombie macam KL Zombie tu. Haish taknak aku... Pastu kawan aku kata, " Anjing tu nak datang siniiii!! Jom blah weiiii.... " Aku pon ape lagi. Tak terdaya aku nak usyar anjing tu. Aku terus ambik makanan yang tak makan lagi and bangun pakai kasut then slowly blah dari situ.

So ape yang aku dapat dari peristiwa ni? Actually dari dulu lagi... kakak aku pernah cerita yang kawan Chinese dia bagitahu, anjing can smell people's fear. So, kalau jumpa anjing, jangan takut lebih lebih. Try to act cool. Cuba bayangkan dia kucing kecil yang suka gigit orang. Haha. Secondly, jangan usyar mata anjing tu. Member aku masa tu asyik toleh belakang sebab nak tengok anjing tu. Sebab tu anjing tu maybe felt like kitorang nak berkawan dengan dia ke apa. That's why dia datang ke ara kitorang maybe. Haha. Then, JANGAN LARI pleaseee. Aku kalau jumpa anjing dengan kawan aku, kawan aku will jalan laju laju and the anjing lagi la macam nak kejar. Aku ni berlagak je cool padahal takut gila hokey. So please don't run! Walk away slowly.

Itu je kot tips aku. And ade pesanan khidmat masyarakat sikit. Kalau jumpa anjing, please jangan baling batu. Itu hanya buat anjing tu lebih takut and will attack people. Kadang kadang anjing serang manusia just because nak protect diri diorang je. And please jangan lihat anjing sebagai binatang yang menjijikan. Allah yang ciptakan anjing. Anjing is makhluk Allah. Bersikap IHSAN lah kepada binatang.

Like tulusly, aku pun takut anjing but aku tak pernah benci pun anjing because diorang comel ape. Just like cats. Cuma i don't know why aku takut when ade anjing. But, same goes to cats because some cats suka cakar and you know like menjerit bila tengok orang tak kenal. Tambahkan kucing tepi tepi jalan. Seriously menakutkan. Dengan buat bunyi garang and muka garang, pfftt.

Anyway thanks for reading! If ade any other tips nak bagi anjing tak kejar, please leave you comment! Assalamualaikum :) Senyum, tak perlu kata apa apa.

Tuesday, 13 May 2014

Resepi Kek Keju Leleh

Di saat ini, air liur kau pun meleleh seleleh cheese dalam gambar.



Kau ni sebenarnya bukan peminat tegar CHEESE pun. Tapi since lately ni, kau asyik dengar munculnya satu jenis kek bernama CHEESE CAKE LELEH. Ape kejadahnya? Dengar nama kek pun dah leleh-leleh air liur kau. Teringin! Nasib baik tak mengandung. Kalau tak melelehlah air liur anak kau tu selama-lamanya sebab tak dapat makan CHEESE KEK LELEH. Haha. Nak beli satu tupperware kecik tu pun dah LIMA BELAS HENGGET. Tapi apakan daya, kau tu dah la pemalas. Nak masak nasik pun kau berkira-kira inikan pulak nak buat kek.

So, tak lain tak bukan, kau suruh la suami kau belikan. Tapi, sekali dah rasa, perghhh memang terigau-igau sampai nak terberak pun sayang kan. Haha. Dah macam tu jadinya, tiap minggu lah kau pesan kat cik abang kau suruh belikan Kek Keju Leleh tu sampaikan suami kau pun dah berkenan kat penjual kek tu. Dah la pandai masak, rajin menjual pulak! Haha. Untuk mengelakkan penceraian, aku kongsikan resepi Kek Keju Leleh ni khas untuk isteri-isteri di rumah. Boleh lahh sekali sekala jamu suami korang tu dessert yang rare sikit kan. Tak pun buat jual kat jiran-jiran kau yang tak reti masak tuuu. Boleh lahh show off sikit kannn! Kelas kau gitu pandai masak Kek Keju Leleh!


BAHAN-BAHAN (UNTUK KEK)

*
100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair


CARA MEMBUAT:

1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.


BAHAN-BAHAN (UNTUK CREAM)

250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

CARA PENYEDIAAN:

1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek. Siap! 

Credit to: Resepi Biskut, Kuih & Kek. Mohon LIKE ya. Ni bukan page aku punggg!






Note: Dah siap tu jangan lupa upload gambar KEK KEJU LELEH kau tu masuk IG, FB, Twitter, Tumbler and semua account sosial kau. Bagi masyarakat meleleh air liur dambakan air tangan kau. Kalau tak jadi, kau edit lah sampai jadi ye. Haha. 

Monday, 12 May 2014

Mariaa is here!

Assalamu'alaikum.

Last entri yang aku post pasal pemergian bakal tunang kakak aku. Yaa, it was almost 2 years ago. Kepemergian dia untuk selama-lamanya seperti meragut semua semangat aku. Aku sendiri pun tak dapat terima kepemergian dia. Inikan pulak kakak aku. Allahu. Kuatkan hati kakak aku!

However, sekarang ni aku sudah berada di alam kolej. Haha. Pejam celik pejam celik je kan! Kakak aku pulak, dah bertunang dengan kawan satu kilang dengan dia and will get married tahun depan. Alhamdulillah. Patah tumbuh, hilang berganti. Walaupun tak sama, tapi apa yang Allah dah tetap untuk kita segalanya ada hikmahnya bukan?

So, sejak aku masuk kolej ni. Aku rasa macam tak tahu nak mengadu kat sape tentang apa yang aku alami. The peeps are weirdoss belaka. For seriously, aku tak boleh faham kenapa almost 70% of the students (definitely Malay students lahh) semuanya batak hot andddd kinda gediks belaka. But, aku dah adapt to this situation. Ye lahh... aku bukan lepak dengan diorang yang batak tu pun walaupun diorang classmate aku. Aku 24 hours with my roomate merangkap housemate merangkap coursemate and classmate aku tu jee. Minah tu sorang la yang aku duk berkepit and no one else because when aku kawan dengan someone, I'll be loyal to her.

Ni baru diploma. Belum Degree lagi woiii. Banyak yang nak hupdate lepas ni! Well, that's all for today. Do wait for my next entry. Hugs and kisses! Byee!

cOme AgaiN dEar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...