Monday 13 June 2011

hari dan bulan

ade jual tak kalendar ni kat malaysia ? 


Assalamu'alaikum..tajuk entri kali ni pasal asal usul perkataan yang terdapat dalam HARI DAN BULAN..paham tak ? *aiyookk ! aku pon tak paham nak buat ayat macam mane.. ape2 pon , aku nak teruskan jugak..kang kome paham le ape yang aku nak bagitahu sebenornye..aku nak bagitahu kat kome yang tak tahu dan yang tak sedar..ye la..mengenai HARI DAN BULAN..contohnye macam HARI..kalo ikut perkataan barat kan kite guna..MONDAY , TUESDAY n hari2 seterusnya lah.. *takkan nak aku type semua tu..! setiap benda ni ade asal usulnya , tahu..tak tahu ? ni lah aku nak kasi tahu..so , teruskan bace ye..aku mulakan dengan HARI ye..


HARI


-->Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya Hari Matahari..

-->Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

-->Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’

-->Thursday – berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.

-->Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.

-->Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.

-->Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.


BULAN

Disember
–-> berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

November
–-> berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

Oktober
–-> berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

September
–-> berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

Ogos
--> berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

Julai
--> berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

Jun
--> berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.

Mei
--> berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

April
--> berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).

Mac
--> berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.

Februari
--> berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

Januari
--> berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.



sekian je la..harap benda ni dapat bagi pengetahuan kat kome..aku  tak pandai lah nak buat konklusion..ye lah..markah utk BM pon cukup2 makan je..so , komenlah kalau kome rajin and tak de keje..pilih name/URL tu oke *yang tak de blog pon boleh pilih kat sini.. jangan pilih Anonymous tu..tak femes la kome nanti..haaaa~ Assalamu'alaikum..thanks for reading..







note : asal aku serius semacam je ni ? demam ke kene sampuk..

2 comments:

  1. mane laa ang dpt ni semue ?
    ciplak kt tenet ler tu..
    xde rjin nyer ang nk pike...
    tp bgus laa ade msok BAB SEJARAH skli...smngt towl..:p

    ReplyDelete
  2. najat
    haha..baik kamu diam..mmg ambik kat internet le pon..kite pon baru tahu..haha..mesti la semangat..

    ReplyDelete

cOme AgaiN dEar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...