Tuesday, 19 June 2012

kau pergi jua

Assalamu'alaikum..

ketika aku sedang menulis entri ni , mungkin keluarga orang yang berkenaan sedang menguruskan mayat beliau.. daripada info yang aku dapat , die akan dikebumikan pada jam 10 pagi sebentar lagi.. orang yang aku maksudkan bernama Faizal.. die merupakan teman lelaki kepada kakak aku..

apa yang buat aku sedih bile kakak aku and arwah dah plan nak berkahwin pada tahun hadapan.. si arwah pula merancang untuk masuk meminang kakak aku selepas bulan puasa ni.. lebih kurang lagi 1 bulan kan ? kursus kahwin pun dah selesai buat.. cubalah bayangkan kalau korang ditempat kakak aku.. Ya Allah.. aku harap kakak aku tabah menghadapi semua ni.. aku sendiri tak tahu nak cakap ape kalau orang yg aku sayang pergi tinggalkan aku.. sabarlah kakakku.. mungkin Allah sudah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kamu sayang.. aku sentiasa ade untuk kamu.. insya Allah..

aku datang melawat si arwah pada Ahad lepas.. memang nampak macam dah teruk.. cakap pun dah tersekat-sekat.. aku dan kakak aku balik pada pukul 1 petang.. dan si arwah mula nazak pada hari ahad tu jugak tapi pada jam 3.30 petang.. andainya kalau kami tunggu beberapa jam lagi.. ya Allah.. aku pun tak sempat nak minta maaf kat die.. itu yang paling menyedihkan..

panggilan telefon pada pukul 12.30 tengahmalam tadi amat mengejutkan bila kawan arwah begitahu kakak aku yang die dah nazak.. Alhamdulillah.. kakak aku sempat melawat die.. arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 pagi tadi.. sedekahkanlah Al Fatihah kepada arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..

credits to : mr.google








note : yang dicintakan pergi , yang didambakan hilang . hidupkan terus berjalan meskipun penuh dengan tangisan..

0 comments:

Post a Comment

cOme AgaiN dEar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...